Ekonomi

Myvi 1.3L G (Edisi-S) untuk pasaran Brunei

PENGELUAR kereta nasional Perodua menjelaskan varian Myvi 1.3L G Edisi-S yang dilancarkan pada 4 Julai lepas adalah untuk pasaran Brunei berdasarkan maklum balas daripada pengedar sah, GHK Motors.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata versi itu turut dilengkapi kit badan yang ditambah baik dan diperolehi sendiri.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kekeliruan peminat setia Perodua mengenai pelancaran Myvi Edisi-S.

“Kami terlibat dengan GHK Motors bagi perincian lanjut mengenai varian ini bagi memastikan varian tambahan berkenaan dapat memenuhi standard yang diperlukan.

“GHK Motors memberitahu kami bahawa Myvi Edisi-S adalah usaha mereka untuk memperkenalkan varian lebih sesuai bagi keperluan pasaran mereka. Kami berharap kenyataan ini dapat memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan,” katanya. – BERNAMA

(Visited 430 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button