Luar Negara

Sepanyol umum perintah darurat

SELEPAS menghadapi peningkatan jumlah kes Covid-19 yang mendadak, Sepanyol akhirnya memilih untuk melaksanakan darurat di negara tersebut.

Pengisytiharan itu diumumkan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez yang berkata, darurat itu terpaksa dilakukan untuk mengekang gelombang kedua penularan Covid-19.

Menurut portal berita DW, perintah darurat itu akan dilaksanakan bermula minggu ini sehingga awal Mei tahun hadapan.

“Semua rakyat dikenakan perintah berkurung iaiu bermula pukul 11 malam sehingga 6 pagi di seluruh negeri kecuali di Kepualaun Canary.

“Pintu sempadan wilayah juga akan ditutup dan berjumpaan sosial hanya diterhadkan kepada enam individu sahaja,” katanya.

Gesaan untuk mengisytiharkan perintah darurat meningkat beberapa hari selepas negara itu merekodkan lebih sejuta kes jangkitan Covid-19 dan menjadi negara pertama paling teruk terjejas di rantau Kesatuan Eropah (EU).

Terdahulu, sebanyak sembilan daripada 17 wilayah autonomi di Sepanyol telah membuat permohonan secara rasmi supaya kerajaan mengisytiharkan darurat yang membolehkan mereka melaksanakan perintah berkurung yang dikuatkuasakan secara meluas di seluruh Eropah.

Setakat ini, Sepanyol mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi di Eropah dengan jumlah kes melebih sejuta orang dan jumlah kematian yang meningkat hingga 35,000 orang. -SM

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button