fbpx
Luar Negara

HRW mahu kebebasan bersuara yang kurang ajar ke?

ADAKAH Human Rights Watch (HRW) mahukan kebebasan bersuara yang bersifat pembohong, palsu, kurang ajar dan mencetus kekacauan?

Aktivis antarabangsa seperti HRW dilihat masih gagal memahami prinsip rukun negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.

BACA > Ekonomi berada pada landasan betul untuk pulih — Suara Merdeka

Lantaran itu, Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson mempesoal tahap kebebasan media sejak Perikatan Nasional (PN) menubuhkan kerajaan pada Mac lalu.

Malah, beliau menuduh amalan media di negara ini kembali seperti seperti dahulu (terkebelakang) apabila ramai ditahan kerana mengkritik kerajaan.

Bagaimanapun, HRW perlu sedar bahawa Malaysia sedang memupuk amalan penyebaran berita benar dan menyekat berita palsu.


Tidak sepatutnya, pihak luar menggesa kerajaan melaksanakan undang-undang bagi memenuhi piawaian antarabangsa.

“Sejak gabungan PN mengambil alih kerajaan, pihak berkuasa telah meningkatkan penyiasatan terhadap individu di bawah undang-undang yang melanggar hak kebebasan bersuara.

“Wartawan, aktivis, dan pemimpin pembangkang dipanggil ke balai polis untuk disoal siasat mengenai tulisan dan catatan media sosial mereka,” katanya dipetik portal Malaysiakini hari ini.

Robertson berkata demikian merujuk kepada kes wartawan Tashny Sukumaran yang disiasat polis.

Sukumaran disiasat berhubung suatu kenyataan berkaitan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Selain itu, beliau juga merujuk kepada kes yang dihadapi pengasas Pusat Memerangi Korupsi dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel.

Iaitu kes berkaitan dakwaan ‘sogokan’ untuk mendapatkan sokongan politik.

BACA > BOLLYWOOD sudah tiada adegan tarian — Suara Merdeka
BACA > Penceramah bebas PU Abu rujuk bekas isteri pertama, bikin panas — Suara Merdeka

HRW turut menyebut kerajaan bertindak menyekat kebebasan media berkaitan penyebaran satu berita palsu oleh Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia, R. Sri Sanjeevan.

“Rakyat Malaysia harus dapat mengkritik kerajaan dan polisinya tanpa rasa takut menghadapi siasatan pihak polis dan kemungkinan tuduhan jenayah.

“Pentadbiran PN harus meminda atau memansuhkan undang-undang berkaitan untuk melindungi semua orang di Malaysia,” tegasnya.

Berdasarkan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi Multimedia, ada suatu kesalahan dalam talian apabila melakukan sesuatu tidak senonoh, palsu, mengancam, menyalahgunakan, mengancam atau mengganggu orang lain.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun bagi sesiapa menghina.

Iaitu yang bermaksud atau mengetahui bahawa kemungkinan provokasi seperti itu menyebabkan menggugat ketenteraman awam.

Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan pula menyatakan adalah suatu kesalahan jika membuat, menerbitkan, atau mengedarkan pernyataan, khabar angin atau laporan.

BACA > Warga emas nyaris terperangkap dalam kebakaran — Suara Merdeka
BACA > Wanita ludah pekerja KFC minta dibicara — Suara Merdeka

Dengan niat untuk menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button