fbpx
BeritaLuar Negara

Helikopter bawa tujuh penumpang hilang

TUJUH penumpang dan juruterbang sebuah helikopter di laporkan hilang di. persisiran pantai kepulauan Hawaii.

Dua daripada penumpang helikopter kegunaan peranginan itu dipercayai merupakan kanak-kanak dilaporkan hilang selepas didapati terbang melebihi waktu.

Menurut pemiliknya, helikopter tersebut dikesan hilang selepas sejam sepatutnya mendarat semula pada pukul 5.21 petang waktu tempatan.

“Helikopter tersebut membawa enam pelancong mengelilingi Pantai Napali di Pulau Kauai,” katanya.

Namun, ketika operasi mencari dan menyelamat, Pengawal Keselamatan Pantai Amerika Syarikat, menjelaskan cuaca berkabus dengan pemandangan terhad menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


“Hujan dan berkabus menyebabkan pemandangan terhad kepada enam kilometer dengan kelajuan angin sekitar 45 kilometer sejam menyukarkan operasi SAR.

“Bagaimanapun, kami mengerahkan beberapa anggota terlatih untuk mencari dan mengesan sebarang tanda-tanda berkaitan helikotper tersebut atau penumpangnya,” jelasnya kepada NBC News.

Tambahnya, walaupun helikopter berkenaan dilengkapi dengan kelengkapan pengesan lokasi elektronik, namun sehingga kini tiada penerimaan sebarang isyarat.

Menurutnya lagi, bagaimanapun operasi SAR dijadualkan meliputi 80 peratus kawasan pantai tidak berpenghuni dan taman negeri. – NBC News

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button