Luar Negara

Putera Hamzah lepaskan gelaran Putera Raja Jordan

BEKAS Putera Mahkota Jordan, Putera Hamzah Al Hussein yang terlibat dalam rancangan rampasan kuasa terhadap abang tirinya, Raja Abdullah 11 Al Hussein melepaskan gelaran dirajanya, semalam.

Hamzah dalam satu kenyataan di Twitter mengumumkan melepaskan gelaran Putera Raja Jordan sebulan selepas kenyataan Mahkamah diRaja mengatakan, beliau memohon maaf kepada Raja Abdullah 11 Al Hussein atas rampasan kuasa yang gagal pada tahun lepas.

“Selepas apa yang saya saksikan sejak beberapa tahun lalu, saya telah membuat kesimpulan bahawa keyakinan peribadi dan nilai yang ayah tanamkan dalam diri saya tidak selaras dengan pendekatan, trend atau kaedah moden institusi kita.

“Saya mendapat penghormatan besar untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat tercinta dalam kapasiti ini sepanjang hidup saya dan terus setia kepada Jordan yang dicintai,” katanya.

Pada 8 Mac lalu, Mahkamah diRaja memaklumkan, Hamzah bertanggungjawab di atas tindakan dan kesalahannya terhadap Jordan dan Raja Abdullah 11 Al Hussein sejak beberapa tahun lalu termasuk insiden dalam kes hasutan.

Pihak berkuasa Jordan April lalu mengumumkan, mereka telah menggagalkan usaha untuk menggugat kestabilan kerajaan bersekutu Barat, menandakan krisis yang jarang berlaku dalam kerajaan yang dilihat sebagai tonggak kestabilan di rantau itu.

Hamzah yang diketepikan oleh Raja Abdullah 11 Al Hussein sebagai pewaris takhta pada 2002 menuduh pemerintah Jordan melakukan rasuah dan tidak cekap.

Kenyataan itu dibuat dalam mesej video yang disiarkan oleh BBC pada 3 April.

Mahkamah Jordan pada Julai tahun lepas menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke  atas bekas Ketua Mahkamah diRaja, Bassem Awadallah dan bekas utusan ke Arab Saudi, Sharif Hassan Zaid selepad didapati bersalah dalam plot tersebut.

Hamzah bagaimanapun tidak didakwa dalam perbicaraan itu tetapi kertas pertuduhan menyatakan, bertekad memenuhi cita-cita peribadi untuk memerintah, melanggar Perlembagaan dan adat Bani Hashim.

Raja Abdullah 11 Al Hussein melantik Hamzah sebagai Putera Mahkota pada tahun 1999 atas permintaan Allahyarham ayahandanya, Raja Hussein tetapi memecat Hamzah pada tahun 2004.

Raja Abdullah 11 Al Hussein kemudian menamakan anaknya, Putera Hussein sebagai barisan seterusnya untuk takhta Bani Hashim. – SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button