NasionalNegeriPendidikan

Raja Muda Perlis rasmi Perpustakaan Fakulti Pertanian Lestari UMS Sandakan

RAJA  Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Perpustakaan Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kampus Sandakan, baru-baru ini.

Keberangkatan baginda adalah bersempena Program Titian Kasih 2023 Peringkat UMS Cawangan Sabah yang dianjurkan bersama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani surat niat (LOI) antara UMS dan UniMAP bagi mengembangkan kerjasama dalam bidang pertanian dan agroteknologi lestari.

Surat niat itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor dan Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Dalam titah baginda, Raja Muda memaklumkan bahawa UMS yang ditubuhkan hasil inspirasi pemimpin terdahulu dan impian rakyat negeri Sabah mencerminkan keinginan yang tinggi untuk memacu kecemerlangan ilmu dan merubah kehidupan rakyat.

Berpaksikan motto “Bertekad Cemerlang”, UMS menerusi slogan ‘Leading Towards Innovative Societies’ telah menjadikannya sebagai sebuah agenda besar dan penting.

Dalam merealisasikan slogan ini, UMS telah mewujudkan makmal hidup atau living lab yang berfungsi menjadi pusat penyelidikan dan pembelajaran yang memanfaatkan pelajar, penyelidik dan juga komuniti.

Berikutan beberapa kejadian bencana dan malapetaka dalam negara seperti gempa bumi dan tanah runtuh di Sabah, Baginda turut menyokong usaha Universiti Malaysia Sabah untuk membangunkan sebuah kompleks simulasi bencana sebagai Pusat Latihan Perubatan Bencana yang mampu bertindak sebagai living-lab yang akan memanfaatkan semua berkenaan perihal bencana alam ini.

Salah satu contoh ialah Rural Medicine Research Lab di Pusat Pendidikan Perubatan Desa (RMEC) di daerah Kudat.

Living lab ini dilaksanakan dengan kerjasama Nagasaki University dalam bidang sains kritikal seperti pengurusan bencana dan sains kesihatan luar bandar (tropical diseases).

Untuk rekod, UMS juga telah bekerjasama dengan pelbagai pihak industri untuk membangunkan projek pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam melestarikan bidang pertanian tanah tinggi di Mesilou, Kundasang yang merupakan tanah milik UMS sendiri.

Tuanku Syed Faizuddin Putra penuh yakin, projek ini dapat membantu UMS untuk memanfaatkan pelbagai pihak di luar sana.

Di majlis tersebut Baginda turut menyaksikan penyerahan sumbangan rakan-rakan strategik YTSP Perlis kepada UMS.

Antaranya adalah daripada Profound Radiance Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Datuk Azlan Shah Jaffril berupa sebuah Smart Television 60 inci; sumbangan RM2,000 daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk tujuan memperkasakan aktiviti keagamaan; serta sumbangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada dua pelajar terpilih UMS dengan komputer riba; selain berkenan menanam sepohon pokok kelapa pandan sebagai simbolik peringatan sempena lawatan tersebut. – SM

BACA UniMAP bersama dua universiti kolaborasi dengan LJMU, UK penyelidikan rel, pelabuhan

BACA Universiti pemangkin lahirkan pemimpin bertaraf kebangsaan

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button