Nasional

Awat jadi lagu tu, majlis buka puasa aje – MB Kedah

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor mendakwa, majlis berbuka puasa anjuran pihaknya pula “diganggu” selepas dilarang menyertai acara anjuran Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, kelulusan lokasi majlis berbuka puasa anak Kedah di perantauan bersama beliau di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, dijadualkan pada 9 April ini ditarik balik.

DEWAN di MAEPS, Serdang – GAMBAR HIASAN CARIAN DI GOOGLE

“Kelulusan Dewan A Maeps, Serdang, Selangor, bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pula ditarik balik.

“Kami nak buat majlis berbuka puasa saja pun…dewan tu pun kerajaan negeri Kedah akan bayar sewa, awat la (kenapa) jadi sampai lagu tu (macam itu).

“Kedah kan menghasilkan 43% beras untuk negara,” katanya di Facebook.

Semalam, Sanusi mendakwa dilarang menyertai majlis anjuran Kerajaan Pusat termasuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023 Mei ini.

Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat barisan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sanusi bagaimanapun tidak mendedahkan punca sebenar keputusan itu dibuat.

Dalam pada itu, Sanusi berkata, majlis berbuka puasa tersebut akan diteruskan seperti dirancang dan diadakan di Kuala Lumpur.

“Kedah ni kan menghasilkan 43% beras untuk negara. Tak apa, tak gaduh (perlu) kelam-kabut. Lokasi terkini akan dimaklumkan segera…Kuala Lumpur juga,” katanya seperti dilaporkan FMT. – SM

BACA Orang Kedah dapat Menteri Besar baharu petang ini?

BACA Muhammad Sanusi angkat sumpah Menteri Besar Kedah

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button