Nasional

Universiti pemangkin lahirkan pemimpin bertaraf kebangsaan

UNIVERSITI mampu menjadi pemangkin terbaik dalam melahirkan pemimpin masa depan yang merentas pelbagai bidang.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berpendapat pemimpin-pemimpin mahasiswa yang dilahirkan di semua universiti menjadi pemangkin terhadap usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mengiktiraf sumbangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa (ATS) Kebangsaan.

Norkhalid (dua dari kiri) dan Timbalan Pendaftar Kanan, Maskana Ahmad bersama Muhammad Nur Naim (kiri),Mohd Akmal Akasyah (kanan) serta Anis Adilah (duduk)selepas majlis penyampaian Anugerah Tokoh Siswa 2022 di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.

Sempena ATS 2022 yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin minggu lalu, beliau melahirkan kegembiraan atas kemenangan tiga daripada tujuh mahasiswa UPSI yang bersaing di pentas akhir memenangi tiga kategori.

ATS, katanya, adalah anugerah yang paling berprestij di arena mahasiswa di Malaysia sebagai mengiktiraf pencapaian mahasiswa dalam ketokohan berorganisasi serta penganjuran program-program yang berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Katanya, UPSI mendominasi anugerah berprestij berkenaan pada 2017 apabila seramai lima mahasiswanya memenangi anugerah tokoh siswa dalam beberapa kategori.

Md Amin menganggap ATS sebagai penghargaan terhadap komitmen mahasiswa sepanjang pengajian mereka dalam berorganisasi.

Katanya mahasiswa UPSI yang bakal menjadi pendidik sentiasa berusaha memantapkan keupayaan kurikulum akademik, kokurikulum serta pelbagai kemahiran insaniah sebagai persiapan diri sebelum berjaya mendapatkan tempat dalam pasaran tenaga kerja sama ada di dalam mahupun di luar negara yang penuh persaingan.

Muhammad Nur Naim Abdul Rehman dari Fakulti Pembangunan Manusia yang memenangi Kategori Kepimpinan Sukarelawan Kemanusiaan) aktif dalam bidang Kesukarelawanan bersama ResQ Team UPSI, Majlis Anak Johor (Ikon Kepimpinan dan Sukarelawan), mengasaskan foodbank luar kampus UPSI , mengetuai 43 misi banjir sejak 2017, Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2019/2020, Timbalan Presiden PEMADAM UPSI 2018/2019, serta Exco Persatuan Bimbingan dan Kaunseling UPSI 2018/2019.

Selain itu dia memenangi Anugerah Ikon Siswa Johor (Kepimpinan) 2021, Finalis Anugerah Menteri Besar Johor 2021, Anugerah Khas Kepimpinan Alumni Dr Ahmad Sani Araby 2021 serta Anugerah Tokoh Sukarelawan UPSI 2021.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani , Mohd Akmal Akasyah Abd Salam merangkul Anugerah Tokoh Siswa Kategori Kepimpinan Sukan) . Anak pertama dari dua beradik berasal dari Kampung Lumat, Beaufort, Sabah aktif sebagai Exco Sukan Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar, UPSI serta Timbalan Yang Di Pertua Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian , Anis Adilah Amlaki yang merangkul Anugerah Tokoh Siswa Kategori Khas Kepimpinan Ibnu Ummu Maktum. Anak pertama dari empat beradik berasal dari Kelantan ini lumpuh dari pinggang ke bawah aktif sebagai Yang Dipertua Kelab Istimewa Mahasiswa UPSI selama dua tahun. Anis Adilah seorang Sukarelawan OKU dan turut menyertai Simposium Multidisiplin Kesihatan Mental Belia OKU 2021.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) senantiasa menyokong usaha mahasiswa untuk aktif dalam pelbagai program sama ada di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), persatuan atau peringkat kolej kediaman sama ada di universiti, nasional atau antarabangsa.

“Kemenangan ketiga-tiga mahasiswa ini memberi semangat dan inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk menjejaki kejayaan dan kecemerlangan untuk anugerah bagi tahun 2023 pula,” katanya.

Beliau berkata anugerah yang diperkenalkan KPT ini sangat berprestij yang menjadi idaman mahasiswa menonjolkan keterampilan dan keistimewaan diri mereka. -SM

BACA JUGA > Prof Md Amin dilantik semula presiden CAPEU

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button