Hiburan

Aeril Zafril sahkan dirinya positif Covid-19

PELAKON, Aeril Zafril memaklumkan dia positif Covid-19 selepas mendapat keputusan malam tadi.

Menurut suami kepada Wawa Zainal itu, buat masa ini dia sedang menjalani kuarantin di rumahnya sendiri selama 10 hari.

“Malam tadi saya mendapat perkhabaran telah dijangkiti Covid-19.

“Hari Isnin lalu pengurus saya demam. Kebiasaannya saya yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ini.

“Tetapi disebabkan hari pun dah lewat, saya buat keputusan untuk tidur di sana,” katanya.

Ujarnya, dia kemudian membawa pengurusnya ke klinik untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Selepas dia dan pengurusnya menjalani ujian saringan, dia telah pergi berjumpa kakitangan syarikatnya untuk berbincang mengenai perasmian produknya.

“Selepas selesai urusan itu saya akan balik ke rumah terus. Semalam keputusan Covid-19 keluar dan saya serta pengurus telah disahkan positif.

“Bila dapat keputusan itu, saya terus minta semua ahli keluarga dan kakitangan yang lain untuk menjalani ujian saringan,” katanya.

Sementara itu, Wawa Zainal turut memuat naik video seluruh keluarganya menjalani ujian saringan Covid-19.

Dia juga meminta semua mendoakan supaya dirinya dan ahli keluarga yang lain bebas daripada wabak tersebut. -SM

(Visited 377 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button