fbpx
Hiburan

Terpalit isu Janna Nick didakwa hina artis K-Pop, Nazim Othman minta maaf

PELAKON, Nazim Othman yang terpalit dengan isu kemarahan peminat K-Pop terhadap Janna Nick tampil meminta maaf sebentar tadi.

Menurut Nazim, dia memohon maaf atas kesulitan dan kekecohan yang telah berlaku ekoran komen yang ditinggalkan di akaun media sosial Janna.

“Saya dengan rasa rendah diri meminta maaf kepada semua jika ada yang terasa hati terhadap saya menerusi apa cara sekalipun.

“Terutamanya melibatkan komen terbaharu yang saya tinggalkan di sebuah akaun media sosial milik orang lain” katanya.


Menurut Nazim lagi, dia langsung tidak berniat untuk menghina atau bersifat tidak hormat pada orang lain menerusi apa cara sekalipun.

Ujarnya, komen yang ditinggalkan itu juga adalah kerana dia seperti tidak percaya dengan status yang dimuat naik.

“Saya betul-betul meminta maaf dengan salah faham yang terlaku berlaku dan meminta sokongan semua dan terus bersikap positif,” katanya.

Pagi tadi kecoh di laman sosial susulan tindakan Janna Nick yang didakwa telah menghina bintang K-Pop di akaun Instagramnya.

Tindakan itu ternyata telah membangkitkan kemarahan peminat K-Pop yang bertindak memberi komen dan mengambil keputusan untuk membuat laporan terhadap akaun pelakon tersebut.

Janna yang terkesan dengan tindak balas peminat K-Pop itu telah membuat laporan polis dan mendakwa dirinya telah difitnah. -SM

(Visited 918 times, 3 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button