2 ADUN PN di Melaka tak wajar minta jawatan Exco
PARA pemimpin parti dan dua ADUN Perikatan Nasional (PN) di Melaka tidak sepatutnya meminta jawatan Exco kerajaan negeri memandangkan mereka telah bertanding melawan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya baru-baru ini.
Menurut Ketua Penerangan BN Selangor, mereka (PN) perlu terima hakikat bahawa mereka telah kalah teruk di Melaka.
Oleh itu, kata Isham, mereka tidak patut meminta jawatan dalam kerajaan tetapi perlu menjadi pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyemak imbang kerajaan.
“BN mempunyai 21 orang ADUN (iaitu 3 per 4 DUN) yang telah menang dan lebih layak untuk dilantik sebagai Exco dalam kerajaan negeri.
“Jika pihak parti yang kalah pun ingin jadi kerajaan, jumlah pembangkang akan jadi lebih kecil atau tiada langsung dan ini tidak baik untuk demokrasi dan proses semak imbang,” katanya.
Biau harap kerajaan negeri tidak melayan permohonan mereka ini. – SM