Politik

Covid: Jabatan Kesihatan tutup bilik gerakan parti di Melaka, kompaun RM10,000

JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengesahkan telah menutup Bilik Gerakan parti politik itu di Alai berikutan seorang petugas jentera parti politik yang bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) disahkan positif COVID-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, pihaknya turut mengeluarkan kompaun RM10,000 terhadap bilik gerakan itu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Kes ini merupakan salah seorang daripada petugas jentera sebuah parti politik yang berasal dari Pahang, membantu dalam pilihan raya di Melaka dan berada di negeri ini semenjak 1 November lalu.

“Individu itu telah dikesan positif melalui ujian RTK-Antigen yang dijalankan di sebuah klinik swasta pada 9 November selepas mengalami gejala dan kini sedang menunggu keputusan RT-PCR,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Siasatan mendapati selain daripada hanya berada di rumah sewa yang bertindak sebagai ‘Call Centre’, individu berkenaan juga ada melawat Bilik Gerakan parti politik terlibat.

Sususlan itu seramai 23 kontak rapat telah dikenal pasti yang terdiri daripada rakan serumah dan petugas yang datang dari Pahang dan kesemua mereka telah diarahkan untuk melakukan ujian RT-PCR dan menjalani kuarantin bermula semalam.

Jelas beliau, arahan penutupan telah dikeluarkan hari ini serta kompaun RM10,000 kerana tidak melakukan saringan suhu serta gagal menyediakan buku rekod kehadiran.

Kompaun bernilai RM10,000 itu dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

JKN juga mengesan tiada saringan ujian RTK-Antigen kendiri setiap dua hari yang perlu dijalankan terhadap petugas atau jentera pilihanraya dilakukan di bilik gerakan itu.-SM

 

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button