fbpx
Politik

Anwar sebagai perdana menteri?

KESEMUA 222 ahli parlimen yang dipanggil ke Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong dikatakan perlu memilih seorang daripada empat nama sebagai perdana menteri.

Datuk Lokman Noor Adam mendedahkan nama-nama yang disenaraikan ialah Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Petang ini 90 ahli parlimen dari Muafakat Nasional menghadap Yang di-Pertuan Agong dan bakinya akan berbuat demikian pada hari esok.

Bagaimanapun Lokman menjangkakan Anwar akan dipilih sebagai Perdana Menteri berdasarkan sokongan terkini dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ini bermakna dengan sokongan DAP, PKR, Warisan, Amanah dan GPS, Anwar akan memperolehi 117 undi, melebihi jumlah minimum untuk membentuk kerajaan iaitu 112 sokongan ahli parlimen.

Jika ini berlaku bermakna apa yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini supaya Anwar membuktikan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen jika mahu menjadi perdana menteri telah terlaksana tanpa perlu pembubaran parlimen dan pilihan raya umum.

Show More

Related Articles

Back to top button