Politik

Daroyah berani maju bersama dalam perjuangan yang suci, kata Azmin

“Syukur alhamdulillah, masih ada pemimpin yang kental prinsip perjuangannya seperti YB”

Itu reaksi bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa Dr. Daroyah Alwi meletakkan semua jawatan dalam PKR sekaligus meninggalkan parti itu.

Azmin berkata, tindakan Dr. Daroyah yang merupakan Ketua Wanita PKR Selangor meninggalkan parti itu disifatkan sebagai berani untuk maju bersama dalam perjuangan yang suci.

“Syabas YB @drdaroyahalwi! Ayuh kita teruskan perjuangan dan cita-cita tulen demi membela nasib rakyat.

“Saya yakin YB @drdaroyahalwi  sebagai pemimpin tegar reformasi dan pemimpin yang mengasaskan gerakan reformasi khususnya di kalangan wanita lebih dua dekad lalu telah membuat keputusan dari dhamir yang luhur demi umat dan negara Malaysia,” kata Azmin di Twitternya.

Azmin turut mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua wanita yang turut bersama Dr. Daroyah meninggalkan PKR dan seterusnya bersama dalam gerakan yang baru.

Dr Daroyah bersama 13 lagi pimpinan Wanita PKR Selangor bertindak meninggalkan PKR hari ini.

BACA  Timbalan Ketua Wanita PKR keluar parti

BACA Wanita PKR Selangor sudah jangka Daroyah akan tinggalkan parti

Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor itu berkata, dia meninggalkan parti itu kerana tidak mempercayai kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR.

“Saya mengumumkan hari ini perletakan jawatan saya sebagai Ketua Wanita PKR Selangor berkuatkuasa hari ini 13 Jun 2020.

“Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada Presiden dan pimpinan parti tentang hala tuju dan idealisme perjuangan parti ini.

“Hala tuju parti kini lebih kepada perpecahan dan pentaksubnya juga gagal menjalankan amanah yang diberi,” katanya lagi.

Daroyah berkata, ketika ini beliau akan menjadi ADUN Bebas dan mesra kepada kerajaan hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button