PembacaPolitik

Zahid memang seorang pemimpin yang hebat

SURAT PEMBACA

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memang seorang pemimpin yang hebat di negara ini.
Walaupun UMNO tewas dalam PRU-14, tetapi Ahmad Zahid sebagai presiden menang dalam perjuangan.
Kini ramai pula Ahli Parlimen pro-Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menikam belakang presiden.
Sebelum ini, memang ramai orang bersetuju dengan pandangan Muhyiddin yang menganggap UMNO sudah tunggang langgang dan sudah mahu masuk longkang.
Sungguh mendukacitakan kerana majoriti ahli Umno yang sanggup meninggalkan parti itu dan berhijrah kepada Muhyiddin-Bersatu.
Mungkin tiada orang menyangkakan bahawa Ahli Parlimen dari UMNO akan menjadi Perdana Menteri setelah tewas di PRU lepas.
Harus diakui kehebatan Ahmad Zahid adalah pakar strategy yang sangat dynamic (positive in attitude and full of energy and new ideas).
Kenyataan di atas bukan omong kosong, dan bercakap semborono semata-mata. Buktinya, beliau cuma mengambil masa 1 310 hari bersamaan kurang lebih 3 tahun 7 bulan untuk mengembalikan 3 pemerintah negeri iaitu Perak, Melaka dan Johor ke tangan Umno.
Setakat dua Perdana Menteri tersungkur dengan tanpa ada Pilihan Raya Umum. Sangat tidak dipercayai kalau ada mana-mana parti di negara ini mengatakan tidak mahu mempunyai Presiden Party yang memiliki “credibility” yang setaraf dengan Zahid.
Tetapi sayang beliau menjadi mangsa “conspiracy” manusia yang rakus kuasa.
Kita percaya orang yang sebijak dan sehebat beliau tidak akan patah semangat untuk terus berjuang dalam arena politik negara sekali pun dihadapkan dengan berbagai tuduhan.
Ingat wahai manusia yang sanggup mencipta fitnah, “jangan sesekali mahu mencuba merantai matahari yang hendak naik, kerana ia akan tetap naik juga dan jangan sesekali mahu menghalang matahari yang mahu turun kerana ia akan tetap turun juga.
Jangan ingat kuasa kamu melebihi kuasa Allah.
Tulisan Zakariya Ahmad di Facebook beliau. Tulisan ini tidak mengambarkan pendirian dan pandangan Suara Merdeka.

(Visited 877 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button