Politik

Dr. Mahathir tolak surat pemecatan beliau

PEGUAM, Haniff Khatri Abdulla hari ini, mewakili Tun Dr. Mahathir Mohamad dan empat ahli Bersatu menolak surat pemecatan mereka.

Haniff Khatri berkata, surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) itu, mempertikaikan kesahihan pemecatan tersebut.

“Kami bagi pihak Anakguam kami, Tun Dr. Mahathir telah serahkan kepada R.O.S. akan Notis Penolakan Keras akan “pemberhentian” keahlian Tun Dr. Mahathir sebagai ahli Bersatu bertarikh 28.05.2020, serta memohon untuk Rujuk Pertikaian di bawah Seksyen 16(1) Akta Pertubuhan 1966 kepada R.O.S,” katanya.

Notis yang sama, kata beliau, telah diserahkan kepada ibu pejabat parti berkenaan.

Dr. Mahathir, kata Haniff Khatri, masih ahli yang sah dan merupakan Pengerusi Bersatu. – SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button