Najib dibenar periksa barang disita
MAHKAMAH Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memeriksa barang yang disita pihak polis pada 2018.
Kebenaran itu diberi Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas mendengar hujahan daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
BACA > 26 ditahan pada hari terakhir PKPB — Suara Merdeka
Namun, sebelum itu, permohonan itu dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin.
Menurut Muhammad Shafee, permohonan itu dibuat supaya beliau, Najib dan bersama pemohon lain dapat memeriksa sendiri barang yang disita itu, tidak bergantung kepada gambar diberi.
“Kami mohon kebenaran supaya anak guam saya, Najib bersama pemohon lain untuk memeriksa barangan sitaan yang telah disita ketika pemilik rumah mahupun.
“Anak guam saya juga ingin memeriksa sendiri keadaan fizikal barangan-barangan peribadi mereka itu, foto rakaman gambar sebenarnya langsung tidak memadai,” katanya lapor portal MalaysiaGazette hari ini.
Beliau bagaimanapun menyatakan pihaknya menzahirkan kekecewaan terhadap pengendalian barang sitaan oleh pihak polis.
BACA > Frontliners terharu netizen hargai jasa — Suara Merdeka
BACA > Peraturan PKPP diwartakan — Suara Merdeka
Katanya, barang seperti beg berjenama dan bernilai tinggi tidak dijaga dengan baik.
“Beg-beg itu musnah. Walaupun mereka tahu dan secara terbuka mendedahkan barang-barang sitaan bernilai ratusan ribu hingga jutaan ringgit.
“Namun cara barang itu disimpan tidaklah berada dalam keadaan baik. Mereka menunjukkan gambar-gambar foto kononnya elok.
“Tetapi apabila diperiksa secara fizikal, barang itu berada dalam keadaan menyedihkan,” katanya.
Mendengar hujahan tersebut, Muhammad Jamil kemudian membenarkan selepas mempertimbang peluang harus diberi bagi pembelaan sewajarnya.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi masih belum menetapkan tarikh bagi pemeriksaan barang berkenaan.
Terdahulu, pihak berkuasa merampas lebih 12,000 barangan termasuk beg tangan, jam, barang kemas dan matawang asing daripada Obyu Holdings Sdn. Bhd..
BACA > Kebas lebih RM20 juta, 4 pengarah ditahan seleweng subsidi minyak masak — Suara Merdeka
BACA > Rosmah, Global Royalty masih belum periksa barang disita — Suara Merdeka
Barangan tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan kesalahan pengubahan wang daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – SM