MahkamahNasional

Dua lelaki bantu dapatkan projek RM29 juta direman

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan perintah reman selama lima hari, bermula hari ini sehingga 15 Mac terhadap dua lekai bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan syarikat penghantaran.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim terhadap kedua-dua individu itu yang masing-masing berusia 54 tahun dan 47 tahun selepas Pegawai Pendakwa SPRM, Siti Zaharah Alias mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber FMT, kedua-dua lelaki yang masing-masing merupakan penolong pengurus operasi dan bekas pengurus bahagian kontrak di sebuah syarikat penghantaran ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Sumber memberitahu, kedua-duanya disyaki menerima rasuah daripada syarikat-syarikat penghantaran antara 2019 hingga 2021 sebagai balasan bagi membantu mendapatkan kerja-kerja penyediaan perkhidmatan pengangkutan syarikat terbabit, melibatkan nilai projek kira-kira RM29 juta.

Katanya, kegiatan itu dipercayai dilakukan bersama seorang lagi suspek berusia 43 tahun yang ditahan reman selama enam hari oleh SPRM pada 8 Mac lepas.

Beliau berkata, suspek disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – SM

 

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button