Nasional

26 ditahan pada hari terakhir PKPB

HARI terakhir penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam menyaksikan 26 individu ditahan kerana ingkar.

Penahanan itu dibuat selepas pihak berkuasa membuat 75,791 pemeriksaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

BACA > Frontliners terharu netizen hargai jasa — Suara Merdeka

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan, seramai 3,778 Pasukan Pematuhan melibatkan 17,991 anggota membuat pemantauan semalam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mengenakan 133 Sekatan Jalan Raya (SJR) Rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 292,179 kenderaan berbanding 188,804 hari sebelumnya.

“PDRM telah menahan 26 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB. Daripada jumlah itu 25 individu telah direman dan satu lagi dijamin polis,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Tambah beliau, PDRM turut mengenakan kompoun terhadap pelbagai kesalahan yang melanggar SOP PKPB termasuk SJR.

BACA > Padah nak cantik, bibir pecah lima kali gara-gara suntikan filler — Suara Merdeka
BACA > Kebas lebih RM20 juta, 4 pengarah ditahan seleweng subsidi minyak masak — Suara Merdeka
ISMAIL SABRI

“Kompoun dikeluarkan oleh PDRM kepada 57 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB termasuk 17 kompaun di Sekatan Jalan Raya.

“PDRM menjangkakan bilangan kenderaan akan bertambah pada Jumaat sehingga Ahad di mana orang ramai akan mengambil peluang balik ke kampung sempena bulan Syawal,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan sekatan jalan raya ditarik semula kecuali kawasan-kawasan tertentu bagi mengawal sempadan negara.

“PDRM akan menarik balik Sekatan Jalan Raya kecuali di kawasan lorong-lorong tikus bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Aliran trafik di lebuhraya-lebuhraya dan jalan utama di seluruh Malaysia pada hari ini masih lancar sebagai mana sebelum ini.

BACA > SPR sedia khemah khas dalam PRK Chini — Suara Merdeka
BACA > Penjana, PKPP : Tanda pemulihan ekonomi — Suara Merdeka

“Orang ramai diminta berhati-hati di jalan raya dan mematuhi peraturan bagi mengelakkan kemalangan dan kehilangan nyawa,” katanya. – SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button