fbpx
Hiburan

“Tak kisahlah macam jantan pun, takkan nak pakai skirt” – Elizad

SERBA tak kena! Seorang makcik netizen tidak puas hati dengan penampilan aktres Siti Elizad yang memakai seluar dan kemeja lengan panjang serta berjaket kerana menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Penampilan pakaian Elizad itu sebenarnya tidak perlu mengundang rasa tidak senang pada makcik netizen yang komen negatifnya, dipadam oleh makcik berkenaan.

Rasionalnya memang ada apabila Elizad berpakaian begitu, takkanlah aktres yang sudah berumah tangga itu memakai skirt atau berkain labuh untuk menunggang motosikal.

Itu bukan sahaja tak masuk dek akal tetapi juga amat merbahaya kerana jika skirt itu pendek, kemungkinan akan tersingkap dan mengundang kutukan yang lebih parah daripada makcik netizen.

Manakala kalau berkain labuh dan menunggang motosikal berkuasa tinggi, risikonya ialah kain yang meleret itu boleh termasuk ke dalam roda motosikal.


Tulisan makcik netizen menyamakan cara berpakaian Elizad macam jantan, memang kasar bunyinya dan padahnya, Elizad menjawab, “tak kisahlah macam jantan pun, takkan nak pakai skirt pula bawa motor.”

Bagi peminat setia Elizad, 36, pasti mengikuti Instagram aktres itu dan mengetahui bahawa beliau menyertai aktiviti permotoran ketika ditegur secara kasar bahasa oleh makcik netizen di IG Elizad.

Elizad melahirkan rasa kehairanannya kerana pakaian menjadi satu isu bagi makcik netizen itu.

Ini antara ayat Elizad yang dipetik dari portal berita MStar:
“Tak kisahlah oang nak kata macam jantan pun…bawa motor takkan nak pakai skirt pula. Yang penting makcik tu sakit hati pula kita pakai macam itu. Makcik ada masalah ke dengan kita?”

Elizad berkata, “Kalau gambar seksi bukan main lagi semua kecam, ini kita pakai baju tiada yang terdedah pun kena kecam!”

Rasanya Elizad tidak perlu layan makcik netizen yang serba tak kena ini. Teruskan dengan kehidupan dan yang penting, sentiasa istiqomah. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button