Politik

Ada pertimbangan… ‘Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa’ – Razlan

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii berkata sebagai pendukung parti kita tidak boleh memuaskan semua pihak dan juga tidak boleh membaca muslihat atau apa dalam hati mana-mana pihak di mana setiap pertimbangan mestilah berdasarkan hukum akal dan kebaikan sejagat.

Ujarnya lagi, sering kali kita terlupa perkara yang lebih besar kerana mahu ikutkan hati sepertimana pepatah Melayu ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’.

“Kita bincanglah elok-elok kalau ada peluang nak perbetulkan masalah orang Melayu. Kita marah, marah itu letakkan batasnya. Kita benci, benci itu kita letak pada sempadannya. Perkara boleh diperbaiki, kita sama-sama baiki. Walaupun pahit, ianya perlu ditelan kedua-dua pihak.

“Ada orang kata kita tengah kuat, itulah pengorbanan. Walau kita kuat, pihak lain juga ada kekuatan. Mereka juga berkata kenapa nak bersama sedangkan mereka berkuasa.

“Masing-masing ada pertimbangan. Ada kata mereka tengah lemah, betul ke tengah lemah, dulupun mereka lemah kita kerajaan, kita kalah juga, itulah pengorbanan,” katanya dalam satu kenyataan yang bertajuk ‘Biduk berlalu kiambang bertaut’.

Ulasnya juga, perkataan maaf walaupun hanya mempunyai empat huruf, namun ianya amat sakit sekali menusuk jiwa lebih-lebih lagi apabila kalimah tersebut kepada mereka yang kita pernah bersahabat ataupun kepada adik-beradik.

“Ada yang berkata ‘air yang dicincang tidak akan putus’, namun maaf sering kali mustahil dalam perhubungan.

“Maaf! Perlu ada dua pihak, tidak boleh bertepuk sebelah tangan. Terima dan menerima, lupa sambil melupakan, meletakkan ego di tepi, maaf-memaafi,” tambahnya.

Jelasnya lagi orang Melayu di bawah juga dengan pelbagai andaian, amarah dan pandangan berdasarkan apa yang sekeliling mereka.

“Itulah tugasan kita, sekira ianya baik untuk Melayu kita letakkanlah prasangka di tepi, sama-sama kita berbaik untuk bertaut, beri pandangan ikhlas, elakan emosi, lihat kepada kebaikan masa hadapan.

“Ini pandangan yang ikhlas, bukan ada keuntungan mana-mana pihak. Sekira di situ ada perpecahan bangsa yang rugi. Saban hari Melayu melihat kerugian yang melampau. Ada yang menuduh salah sebelah pihak, betul ke? Cuba tanya sebelah pihak yang lain, mereka pula akan ungkit-mengungkit,” katanya.

Kerana itulah ujarnya penting bermaaf-memaafkan dan berusaha untuk kebaikan bersama.

“Kita usaha, Allah tentukan, sekira ianya tidak menjadi kenyataan, kita tawakal dan terus usaha bagi menyatukan.

“Saya sokong kebaikan untuk kesatuan umah yang lebih besar,” tambahnya. – UMNO ONLINE

(Visited 2,227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button