Politik

Barisan Nasional kuasai Johor Utara

 

Wartawan Suara Merdeka

MUAR 12 Mac – Barisan Nasional (BN) kembali menguasai Johor Utara di lima kawasan Parlimen iaitu Pagoh, Muar, Bakri, Tangkak dan Segamat.

Daripada 16 kerusi yang ditandingi, BN menang 11 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pakatan Harapan (PH) menang tiga kerusi dan Perikatan Nasional (PN) hanya menang dua kerusi sahaja.

Kerusi yang dimenangi BN ialah Serom, Bukit Pasir, Bukit Naning, Bukit Gambir, Sungai Balang, Buloh Kasap, Jementah, Pemanis, Kemelah, Tenang dan Bekok.

Pakatan Harapan (PH) pula seperti diramalkan mengekalkan penguasaan di DUN Bentayan, Tangkak dan Simpang Jeram.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berjaya mempertahankan DUN Simpang Jeram yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perikatan Nasional (PN) hanya menang dua DUN apabila mempertahankan Bukit Kepong apabila penyandangnya Datuk Dr. Sahruddin Jamal menang dengan majoriti 892 undi.

Satu lagi kerusi dimenangi PN ialah di DUN Maharani menerusi calon Pas, Abdul Aziz Talib.

Bagaimanapun, kubu kuat PN di Bukit Gambir gagal dipertahankan apabila calonnya, Mohd. Solihan Badri tewas kepada calon BN, Sahrihan Jani.

 

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button