Nasional

Bekerja dari rumah bukan digalakkan tapi sekarang, satu arahan – Ismail Sabri

BUKAN lagi menggalakkan tapi arahan. Ini satu arahan daripada MITI kepada Perkhidmatan Awam untuk bekerja dari rumah.

Demikian kata Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi dalam sidang akhar harian yang disiarkan secara langsung.

Arahan bekerja dari rumah yang dikeluarkan adalah untuk tempoh selama PKPB.

“Jika PKPB bersambung lagi dua minggu, maka arahan bekerja dari rumah akan dilanjutkan.

“Akan tetapi, bergantung kepada bilakah arahan bekerja dari rumah dikeluarkan. Kalau arahan berkuatkuasa mulai 22 haribulan, maka arahan bekerja dari rumah adalah selama dua minggu bermula dari tarikh itu,” katanya.

Beliau berkata, majikan tidak boleh berdegil dan perlu akur dengan arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan demi memutuskan rantaian Covid-19. – SM

(Visited 325 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button