fbpx
BeritaNasional

93 peratus minta KWSP ubah dasar, SOP pengeluaran

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disarankan menyemak semula dasar dan tatacara prosedur standard (SOP) terutama melibatkan pengeluaran awal.

Hal demikian ekoran tular satu insiden seorang pencarum yang terlantar terpaksa diusung dengan katil roda.

[Baca artikel] Usung kakak terlantar sakit ke KWSP untuk keluar wang rawat kanser – http://bit.ly/2sTyzzW

Sebelum itu, pencarum itu juga dibawa dari hospital ke pejabat badan berkanun itu di Johor Bahru menaiki ambulans.

Kejadian itu ternyata mengundang kecaman pengguna media sosial yang mempersoalkan keperimanusiaan pegawai KWSP memaksa pencarum terlantar hadir ke kaunter bagi mendapatkan cap jari.


Justeru menerusi satu undian yang dilakukan Facebook Suara Merdeka, 93 peratus netizen bersetuju supaya KWSP menggubal dasarnya supaya lebih bersifat empati.

Manakala tujuh peratus lagi bersetuju sebaliknya dan mungkin mempunyai alasan tertentu untuk memutuskan demikian.

 

Menerusi komen, pengguna berpandangan KWSP masih menggunakan SOP dan dasar yang lapuk serta tidak sesuai lagi.

“Cadangan, tak perlu simpan dalam KWSP lagi. Duit daripada majikan biar pencarum simpan atau labur sendiri untuk dapatkan dividen.

“Bila-bila masa boleh guna duit itu nanti tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Duit pencarum KWSP buat pusingan modal melabur tetapi kebajikan tak dijaga.

“Walhal rakyat bagi amanah kepada KWSP jaga duit kita, tetapi hendak guna waktu kecemasan tak boleh. SOP menyusahkan,” komen Ali Asadun.

“Semoga kisah yang tular dijadikan pengajaran bukan sahaja kepada KWSP, tetapi kepada syarikat-syarikat insurans,” nasihat Hazwan Hamdan.

“Peraturan lapok sedikit pun tidak ada hati perut wajib diketepikan sebelum anda atau waris sendiri kena,” luah Harun Ujis Cassyeem. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button