fbpx
Nasional

Usaha kerajaan tangani Covid-19 berjaya berbanding negara maju

Usaha kerajaan menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara dilihat sebagai langkah yang berjaya berbanding dengan negara maju lain.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara besar seperti Arab Saudi juga masih gagal mengawal penularan Covid-19.

“Memang betul Covid-19 belum lagi berakhir tetapi segala usaha dan perancangan sebelum ini untuk mengekang penularan penyakit itu boleh kita anggap berjaya.

BACA> Tiada caj bagi individu diarah jalani saringan Covid-19

“Saya sendiri telibat dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara mewakili Menteri dan untuk dua bulan pertama, tiap-tiap hari kita mesyuarat untuk mencari langkah terbaik bagi mengekang Covid-19,” katanya ketika di Markas Medan Barat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Kamarudin, hasil kejayaan negara mengekang penularan Covid-19 ini menunjukkan kepimpinan negara sekarang berada di tahap yang amat baik.

menteri luar
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar (kanan) menyampaikan cek sumbangan Aidiladha kepada Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab. Rahman.

Sementara itu, Kamarudin juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Masjid Angkatan Tentera untuk menganjurkan sambutan Aidiladha tahun ini.

“Sumbangan ini adalah bertujuan untuk membeli lembu korban untuk penganjuran buat semua pegawai, anggota dan ahli keluarga yang berada di Kem Perdana Sungai Besi.

BACA> Harga tiket penerbangan perlu kembali seperti sebelum PKP

“Selain sumbangan ini, saya juga akan cuba meminta bantuan jabatan dan kementerian yang sesuai untuk melihat bantuan yang sesuai terutamanya jalan-jalan di kem ini supaya dapat dibaiki,” jelasnya.

Ujar Kamarudin lagi, sudah menjadi tanggungjawab buatnya sebagai ahli parlimen untuk menjaga dan membantu rakyat terutamanya di kawasan Bandar Tun Razak.

Sementara itu, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab. Rahman berkata, sumbangan yang diberikan sangat bermakna buat lebih 7,000 orang di kem tersebut.

menteri luar
Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab. Rahman.

“Kita sangat berbesar hati untuk menerima sumbangan tersebut yang akan digunakan khusus buat penganjuran sambutan Aidiladha.

“Malah, kita juga berharap supaya akan ada lagi sumbangan lain yang boleh dihulurkan terutamanya melibatkan infrastuktur di dalam kem kita,” jelasnya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button