Nasional

Tambahan pusat kuarantin di Sabah

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisam Abdullah berkata, sebagai langkah kesiapsiagaan hospital menghadapi pandemik COVID19 di kawasan pantai barat Sabah adalah melalui pembukaan lebih banyak Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID19 (PKRC) untuk pesakit yang berisiko rendah (pesakit dalam kategori 1 dan 2).

“Ini bagi memastikan sumber sedia ada dioptimakan dan hospital dapat menumpukan lebih perhatian kepada pesakit yang memerlukan jagaan yang lebih rapi,” katanya dalam hantaran dalam Facebook.

Katanya, buat masa ini terdapat 28 PKRC telah dibuka di negeri Sabah. Terkini, PKRC Dewan Masyarakat Papar telah hampir sedia untuk digunakan.

“Pihak Hospital bercadang untuk mula menggunakan PKRC tersebut pada pada 03/11/2020 (Selasa). Peralatan Perubatan akan mula dihantar secara berperingkat bermula Ahad ni.

“PKRC ini merupakan PKRC yang kedua dibuka di daerah Papar selepas Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi Kinarut. Tahniah dan terima kasih kepada semua anggota KKM di Sabah yang sedang bertungkus-lumus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat di Sabah,” katanya.

(Visited 770 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button