Nasional

Optimumkan dana kecemasan atasi banjir kilat – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menggunakan sumber sedia ada bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di ibu negara baru-baru ini.

Beliau juga mahu dana kecemasan DBKL dioptimumkan bagi tujuan itu, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datu Seri Dr Shahidan Kassim.

“Kami diarahkan oleh Perdana Menteri untuk membelanjakan serta-merta peruntukan daripada sumber DBKL dan kerajaan akan membayar balik nanti bagi menyelesaikan masalah banjir kilat,” katanya.

Shahidan yang berucap ketika program Nur Ramadan semalam juga berkata dana tersebut akan digunakan bagi menjayakan perangkaan pelan jangka pendek dan jangka panjang termasuk Kajia serta Konsep Mitigasi untuk Banjir Kilat di Kuala Lumpur dalam usaha mengurangkan impak urbanisasii terhadap persekitaran selain mengimbangi aspek sosial, ekonomi dan kesan persekitaran.

Menjelas lanjut, antara pelan itu ialah mengenal pasti lokasi hotspot secara terperinci, mengenal pasti sistem saliran sedia yang tidak dapat menampung kapasiti air hujan serta merangka penyelesaian mitigasi konseptual untuk lokasi hotspot banjir.


Justeru Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) juga telah dilantik selaku perunding bagi menjalankan kajian ini yang mengambil masa selama 12 bulan, melibatkan lima fasa. – BERNAMA – SM

(Visited 19 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button