fbpx
Nasional

Malaysia mulakan ujian ubat bagi rawatan COVID-19

MALAYSIA akan memulakan proses pelaksanaan kaji selidik ubat untuk merawat pesakit COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak sembilan buah hospital terlibat dalam Kajian Solidariti Global yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu.

Penyelidikan tersebut akan diketuai Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Pulau Pinang Dr. Chow Ting Soon. Pasukan beliau turut disertai 16 pakar perubatan penyakit berjangkit dan ahli farmasi sebagai penyelidik bersama di hospital-hospital KKM.

“Kaji selidik yang diselarakan oleh WHO di seluruh dunia ini adalah satu usaha yang julung kali dilakukan bagi mengumpul data yang boleh dipercayai.

“Dan membandingkan keselamatan dan keberkesanan empat protokol rawatan menggunakan kombinasi Remdesivir, Lopinavir/Ritonavir, Onterferon Beta, Chloroquine dan Hydroxychloroquine,” kata Dr. Noor Hisham.


Hospital yang terlibat adalah Hospital Tuanku Fauziah, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Melaka, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Queen Elizabeth.

Intsitut Penyelidikan Kritikal (ICR) dan Clinical Research Malaysia juga akan membantu memudahkan pelaksanaan inisiatif kaji selidik WHO di Malaysia.

BACA

Malaysia menjadi rakan kongsi penting dalam kaji selidik tersebut untuk menilai rawatan yang berpotensi yang berkesan.

Sehingga pagi tadi virus maut tersebut telah menjangkiti 1,273,499 orang di seluruh dunia dan mengakibatkan 69,451 orang meninggal dunia. Setakat ini hanya 262,351 orang telah sembuh daripada jangkitan virus berkenaan.

Di Malaysia seramai 3,662 orang telah dijangkiti COVID-19 dan telah meragut 61 nyawa.

Sebelum ini dilaporkan Malaysia A antara negara yang dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan penyelidikan penggunaan ubat Remdesivir untuk pesakit COVID-19.

Beliau berkata antara kriteria yang menyebabkan Malaysia dipilih untuk melaksanakan penyelidikan itu adalah kerana keupayaan dan kemampuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan kajian.

“Antara sebab yang kita dipilih ialah kita dah dikenal pasti sebagai negara yang mempunyai sistem kesihatan penyelidikan yang baik dan mungkin sebab itu WHO memilih KKM untuk melaksanakan penyelidikan ini secara bersama,” kata Dr. Noor Hisham. -SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button