Nasional

Wanita maut rempuh penghadang jalan di lebuh raya Karak

SEORANG wanita maut manakala adik lelakinya cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki merempuh penghadang keselamatan jalan raya di Km53.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak semalam.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika adik-beradik itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan Farah Amira Samsuri, 22, menunggang motosikal itu bersama adiknya, 15.

“Siasatan kami mendapati wanita itu hilang kawalan motosikal di selekoh dan merempuh penghadang keselamatan di sebelah kiri lebuh raya. Farah Amira meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan. – SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button