Nasional

3 pangsapuri 11 tingkat digempur JIM, 425 warganegara asing kantoi & ditahan

Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) telah menggempur tiga buah pangsapuri setinggi 11 tingkat di dalam OPS SAPU yang dijalankan oleh Unit Risikan & Operasi, Bahagian Penguatkuasa JIM WPKL di Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2023 jam 1:00 pagi.

Dengan kekuatan anggota seramai 80 orang Pegawai Imigresen pelbagai pangkat, pemeriksaan telah dijalankan terhadap 600 orang wanita dan lelaki yang terdiri daripada warganegara Malaysia dan warganegara asing.

Pasukan operasi berjaya menahan seramai 425 orang warganegara asing berumur di antara 8 tahun hingga 54 tahun yang terdiri daripada 378 orang lelaki dan 53 orang wanita dan kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan susulan.

Antara kesalahan-kesalahan yang dikenalpasti ialah menyalahgunakan pas atau permit, tinggal lebih masa, tiada dokumen pengenalan diri dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta dan Peraturan Imigresen.

Kesemua tahanan ini akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan susulan dan kesemuanya akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM WPKL akan sentiasa prihatin dengan aduan dan maklumat yang diberikan oleh orang awam serta tidak akan berkompromi terhadap orang asing yang tinggal secara haram, menyalahgunakan pas dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di negara ini.

Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengupah atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button