HiburanUncategorized

Syamel dan Ernie Zakri sah bergelar suami isteri

Penyanyi Syamel dan Ernie Zakri akhirnya telah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada pukul 10.30 pagi tadi.

Upacara akad nikah pasangan berkenaan diadakan secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor dan hanya dihadiri 20 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pasangan penyanyi itu dinikahkan jurunikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.

Pada majlis itu, Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian namun wang hantaran tidak dinyatakan.

Syamel pemilik nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh.


Sebelum ini, Ernie mengadakan majlis berinai pada malam Khamis dengan mengayakan jubah berwarna putih.

Pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada 3 April ini di sebuah lokasi di Kuala Lumpur. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu. -SM

(Visited 49 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button