Nasional

Lepasan universiti antara pengunjung hadir cari peluang pekerjaan

RAMAI pengunjung yang hadir di Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 untuk merebut peluang mencari pekerjaan dan hadir ke sesi temu duga yang diadakan.

Muhammad Syazwan Norazman, 23, lepasan Universiti Teknologi Mara (UITM) Puncak Alam

Menurut Muhammad Syazwan Norazman, 23, lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, berasa bersyukur dengan adanya karnival kerjaya ini kerana dia dapat mencari kerja sebaik sahaja menamatkan pengajian.

“Saya baru sahaja habis belajar, jadi saya ingin rebut peluang ini untuk cari kerja demi masa depan saya.

“Saya tahu mengenai karnival ini daripada pensyarah yang mencadangkan pelajar untuk mencuba nasib di karnival ini,” katanya.

Fatin Nadzirah Izzatie Azman, 25, lepasan UiTM Kelantan

Menurut seorang lepasan UiTM Kelantan, Fatin Nadzirah Izzatie Azman, 25, turut menggunakan peluang ini untuk mencari pekerjaan setelah menghabiskan pengajian pada tahun lepas.

“Saya tahu mengenai karnival ini daripada ibu saya yang mencadangkan saya cuba nasib di sini.

“Walaupun cadangan daripada ibu saya ini secara mengejut tetapi saya tetap datang dengan membawa resume dan dokumen yang diperlukan.

Tambahnya, oleh kerana ramai pengunjung yang hadir dan masa yang diberikan juga singkat sehingga pukul 5.00 petang, pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian.

Kanesan A/L Visvanathan, 30, yang menghidap tulang rapuh,

Sementara itu, ada juga pengunjung Orang Kurang Upaya (OKU) gigih datang ke karnival ini kerana dia tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Menurut Kanesan A/L Visvanathan, 30, yang menghidap tulang rapuh, berharap memperoleh kerja tetap melalui karnival ini.

“Sekarang saya ingin mencari kerja tetap kerana kerja saya yang sekarang adalah separuh masa di sebuah kafe.

“Jadi, jika saya dapat kerja tetap, masa depan saya lebih terjamin,”katanya.

Kebanyakan majikan yang ada di karnival ini membuka peluang pekerjaan kepada golongan OKU. – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button