Nasional

Sini tempat kami cari rezeki – peniaga bazar Ramadan

SYUKUR dan seronok, itu antara perasaan yang boleh digambarkan peniaga-peniaga bazar Ramadan selepas dibenarkan beroperasi pada tahun ketika negara dilanda wabak Covid-19.

Walaupun pekan Labok, Machang, Kelantan ini merupakan kawasan kecil tetapi sambutan orang ramai yang rindu akan suasana tersebut mampu menghidupkan kemeriahan bazar Ramadan.

Peniaga kuih tradisional, Zulkarnain Jusoh, 51, berkata beliau sangat gembira dan teruja apabila kerajaan membenarkan bazar Ramadan diadakan pada tahun ini.

“Kita seronok boleh berniaga kembali di bazar Ramadan ini, selepas dua tahun kita tidak dibenarkan berniaga.

“Kami ini peniaga kecil-kecilan, kalau macam dua tahun sebelum ini, kami terpaksa membuat kuih dan hantar ke kedai-kedai yang dibenarkan beroperasi untuk mencari pendapatan” ujarnya yang menjalankan perniagaan tersebut bersama isterinya.

Zulkarnain dan isterinya

Tambahnya, pendapatan berniaga di bazar Ramadan ini tidaklah besar namun suasana inilah yang dirindukan dan dinantikan bukan sahaja peniaga tetapi seluruh umat islam di Malaysia.

Peniaga murtabak Zaleha Aziz, 57, pula sempat menzahirkan rasa syukur apabila dia dan suaminya boleh merasai pengalaman berniaga di bazar Ramadan pada tahun ini.

“Saya sudah enam tahun berniaga di bazar Ramadan dan tahun ini, alhamdulillah, saya sempat lagi merasai pengalaman untuk berniaga di bazar Ramadan” katanya.

Dua tahun negara dilanda Covid-19 membuatkan beliau menjalankan aktiviti perniagaan di rumah dengan membuat roti canai sejuk beku.

Suami kepada Zaleha Aziz sedang menyiapkan murtabak kepada pelanggan

“Kami mencari rezeki dari perniagaan, apabila tidak boleh berniaga, saya dan suami mengambil kaedah untuk menjual produk kami secara sejuk beku” katanya.

Jelasnya, jualan roti canai sejuk beku berkenaan dibuat selepas mendapat permintaan daripada pelanggan tetap.

“Saya dan suami buat roti canai sejuk beku ini apabila mendapat permintaan, kami tidak buat secara besaran-besaran, ada permintaan baru kami buat” katanya.

Justeru suasana kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum pandemik, ia tetap memberi semangat kepada peniaga untuk meneruskan jualan mereka.

Orang ramai yang berkunjung juga jelas terpapar keceriaan, rindu untuk berbelanja di bazar Ramadan. – SM

(Visited 248 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button