Nasional

Imam Masjidil Haram sanjung tinggi keprihatinan MAIPs terhadap isu umat Islam

Makkah Al Mukarramah, Arab Saudi – Imam Masjidil Haram, Makkah, Syeikh Maher bin Hamad Al Mueaqly menyanjung tinggi keprihatinan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diterajui oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail terhadap isu-isu umat Islam sedunia.

Beliau berkata demikian menurut siaran media MAIPs ketika mengalu-alukan keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda Perlis di Pejabat Pengurusan Masjidil Haram di Makkah Al Mukarramah Arab Saudi pada malam semalam.

Turut mengiring ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Syeikh Maher berkata, misi kemanusiaan MAIPs ke Kem-kem Pelarian Syria, Kem Pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar Bangladesh serta lawatan ke Al-Quds di Palestin yang diterajui sendiri oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra sejak beberapa tahun yang lalu telah menzahirkan kesungguhan baginda dalam mengangkat isu umat Islam sejagat.

“Sebagai Umat Islam kita perlu memainkan peranan untuk saling mengasihi, mengasihani dan menyokong ibarat satu jasad”, ujarnya.

Syeikh Maher Al Mueaqly turut memuji sikap para jemaah haji dan umrah Malaysia yang dilihatnya sentiasa berdisiplin dan tersusun. Inilah yang sentiasa disuruh oleh agama.

Pada kesempatan yang sama Mohd Nazim turut berterima kasih atas kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada negeri Perlis yang menghantar para imam dan pendakwah saban tahun khususnya pada bulan Ramadan selain para Imam Masjidil Haram sendiri turut mengadakan kunjungan ke negeri Perlis dari masa kesemasa.

Untuk rekod, MAIPs juga pernah melaksanakan ‘Seminar Berpegang Kepada Al Quran dan As Sunnah’ yang turut dihadiri oleh Syeikh Abdul Rahman As Sudais sebelum ini.

(Visited 51 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button