Nasionalpilihan

Hentikan aktiviti pemujaan dan khurafat di Gunung Jerai

SEMUA aktiviti pemujaan dan khurafat yang dilakukan di kawasan Gunung Jerai hanya akan mengundang bala daripada Allah kepada penduduk di kawasan berhampiran.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad yang meminta semua aktiviti bertentangan dengan ajaran Islam itu supaya dihentikan.

“Kita harapkan benda ini terhenti kerana aktiviti sedemikian akan mengundang bala daripada Allah bukan sahaja kepada pelaku tetapi juga kepada penduduk di kawasan itu.

“Saya juga yakin yang jabatan agama negeri akan terus bertindak dalam menangani perbuatan tersebut,” katanya.

Malah menurut Idris, dia juga yakin yang alim ulama di negeri itu akan membantu memainkan peranan untuk mengekang perbuatan khurafat di gunung berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, sebanyak enam mangsa terkorban selepas fenomena kepala air melanda Yan dan Kuala Muda hingga berlaku banjir besar.

Malah, bencana itu turut mengakibatkan sebanyak 800 buah rumah di kedua-dua daerah tersebut rosak akibat lumpur.

Ramai yang beranggapan terutamanya melibatkan penduduk sekitar bahawa bencana itu terjadi susulan aktiviti khurafat yang berlaku di kawasan Gunung Jerai. -SM

(Visited 925 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button