Nasional

133 kes positif Covid-19 kluster Dah Meha

 

SEBANYAK 133 kes positif Covid-19 dikesan membabitkan kluster Dah Meha Industri Kulim setakat semalam, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo.

Beliau berkata, kes positif melibatkan 97 pekerja dan 36 ahli keluarga dengan taburan kes meliputi Kulim, Baling, Kuala Muda dan Sik.

“Kes positif dikesan hasil saringan terhadap 194 individu,” katanya.

Beliau berkata, kluster ini dikesan berikutan saringan kendiri yang dijalankan oleh pihak pengurusan kilang berkenaan.

“Kesemua kes adalah bergejala ringan dan telah lengkap divaksinasi, kini diarahkan menjalani kuarantin di rumah,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim mengesyaki penularan jangkitan berkemungkinan berpunca daripada kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di tempat kerja dan aktiviti rekreasi melibatkan kumpulan pekerja seperti aktiviti kembara bermotosikal dan futsal.

Katanya lagi, pihak pengurusan kilang telah diarahkan untuk mengemas kini pelaksanaan SOP di lokasi berisiko tinggi dalam kilang berkenaan.

“Jabatan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kluster. Bagaimanapun, keadaan adalah terkawal dan pihak Jabatan Kesihatan akan terus mengawasi situasi dari dekat,” katanya. – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button