Nasional

Polis berpangkat Koperal ditahan tendang pengawal keselamatan

SEORANG anggota polis berpangkat Koperal ditahan selepas menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah apartment di Petaling Jaya pada semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video tindakan polis itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di aplikasi Whatsapp.

“Pertengkarn antara mereka berdua berpunca apabila mangsa, pengawal keselamatan berusia 59 tahun tidak membuka palang pintu masuk kawasan kediaman itu lebih awal hingga menyebabkan suspek terpaksa memberhentikan kenderaannya dan menunggu lama.

“Berlaku pertengkaran antara mereka berdua dan suspek mendakwa mangsa telah mengeluarkan perkataan kesat kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Menurut Mohamad Fakhrudin, dalam kejadian tersebut suspek telah menendang perut mangsa dan didakwa mengugut untuk memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar.

Ujarnya, mangsa kemudian telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Suspek yang bertugas di IPD Petaling Jaya telah ditahan untuk siasatan dan kita tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pegawai dan anggot yang melakukan jenayah terhadap orang awam,” katanya.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – SM

(Visited 1,277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button