Nasional

Jangan leka kes Covid-19 turun 20 peratus

MENTERI Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai supaya tidak leka berikutan penurunan kes Covid-19.

Ismail Sabri dalam satu  kentataan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah merekodkan penurunan kira-kira 20 peratus kes positif sepanjang tujuh hari pada minggu ke-22 berbanding minggu sebelumnya.

“Sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada rakyat selepas peningkatan mendadak kes sebelum ini.

“Di harap dengan penurunan kes harian, segenap lapisan rakyat tidak leka akan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekali gus dapat melandai lengkuk ke tahap yang lebih baik,” kata Ismail Sabri.

Tambanya, jumlah kes import harian melibatkan warga asing juga berkurangan sejak beberapa bulan lalu.


Data tersebut sekaligus menunjukkan kejayaan polisi kerajaan menyekat kemasukan warga asing dengan tindakan menutup pintu sempadan termasuk penguatkuasaan Operasi Bentang di kawasan sempadan serta perairan negara.

“Penutupan pintu sempadan rasmi seperti di lapangan terbang menjadi fokus kerajaan untuk memastikan tiada kemasukan warga asing yang boleh menyumbang kepada penularan kes COVID-19 di dalam negara.

“Operasi Benteng semalam telah menahan 10 orang pendatang asing tanpa izin dan merampas lapan buah kenderaan darat serta empat buah bot dan kapal,” katanya.

Bagaimanapun jumlah individu yang ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard masih melebihi 800 kes. Semalam 958 orang ditahan atas kesalahan mengingkari SOP. Daripada jumlah itu, seramai 910 individu dikompaun, 47 direman manakala seorang lagi dibenarkan ikat jamin.

Tiada penjarakan fizikal masih merupakan kesalahan tertinggi iaitu 232 kes, rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (196), tdak memakai pelitup muka (135) dan gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (112).

Selain itu turut dikenakan tindakan adalah tidak patuh arahan kawalan pergerakan (105), membawa penumpang berlebihan (63), aktiviti pusat hiburan (38) premis gagal patuhi arahan (8) dan lain-lain (69).-SM

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button