Berita

CLAB sedia tangani isu lambakan pekerjaan binaan asing dan urus kemasukan dengan teliti

PETANG tadi berlangsungnya majlis Sambutan Ulang Tahun ke 20 dari Contruction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) yang diadakan di Hilton KL Sentral turut dirasmikan oleh Timbalan Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

CLAB merupakan sebuah organisasi yang menjalankan aktiviti secara bersepadu, sistematik dan efisien dalam menguruskan kemasukan pekerja binaan asing. CLAB bersedia utk membantu kerajaan dalam menangani isu lambakan pekerja asing dan juga buruh paksa yang menjadi isu utama negara pada masa ini.

Dalam sesi ucapan Ahmad Maslan juga akui bahawa Malaysia masih kekurangan tenaga pekerja tempatan kerana itu faktor pengambilan pekerja asing masih diteruskan.

‘’Malaysia masin mengalami kekurangan tenaga kerja tempatan untuk memajukan pembangunan dan secara tidak langsung menyebabkan Malaysia memerlukan tenaga kerja dari luar seperti negara seperti Vietnam, Myanmar, India, Bangladesh dan Indonesia.

‘’Dengan adanya pekerja asing yang bekerja sebagai tenaga kerja, maka proses pembangunan Negara akan berlangsung dengan lebih cepat.

‘’Tambahan pula, berdasarkan teras pertama kerangka ekonomi MADANI iaitu Raise the Ceiling: peneraju Ekonomi di Rantau Asia, Kementerian menyasarkansatu elemen utama iaitu Pemerkasaan Pendigitalan Sektor Pembinaan. Dalam merealisasikan halatuju Kementerian, KKR melalui Dasar Pembinaan Negara (National Construction Policy – NCP) 2030 dengan visi “Digitalising Construction Sector 2030″telah mensasarkan menjelang 2030, pertumbuhan sektor pembinaan dijangka mencapai sebanyak 10.3%. Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan keperluan tenaga keria dalam sektor pembinaan di Malaysia.

‘’Oleh itu, segala usaha pemantauan yang dilakukan ole pihak CLAB perlu diteruskan dalam memastikan kebajikan pekerja dijaga dan secara tidak langsung dapat mengurangkan amalan buruh paksa di Malavsia. CLAB juga turut memainkan peranan dalam menerajui usaha sama bersama penyedia perkhidmatan yang lain untuk menyediakan penempatan pekerja mengikut standard yang ditetapkan bagi kegunaan industri pembinaan. Ini juga merupakan salah satu daripada inisiatif di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan bagi memastikan pekerja pembinaan ditempatkan di penempatan yang lebih sihat dan selamat. Saya percaya CLAB dapat membantu kerajaan dalam usaha’’, jelasnya.

Menurut Ketua Eksekutif CLAB, En Abdul Rafik Bin Abdul Rajis, selain mengurus pengambilan dan pertukaran pekerja binaan asing, CLAB juga sedang menelusuri beberapa usahasama dalam penyediaan CLQ (Centralised Labour Quarters – Pusat Penginapan Pekerja Berpusat) yang bertempat di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Bagi memastikan pekerja binaan yang disediakan berupaya menjalankan keria-keria mengikut keperluan majikan, CLAB juga turut mengadakan temuduga dan ujian fizikal terhadap pekerja binaan asing termasuk mengangkat besi, memotong kayu, dan juga ujian kecergasan yang lain.

CLAB juga memperkenalkan aplikasi E-biodata bagi member kemudahan kepada kontraktor untuk membuat pemilihan biodata pekerja asing yang memenuhi kriteria yang diperlukan seperti maklumat lengkap individu dan butiran pengalaman pekerja.

Antara program lain yang telah disediakan ole CLAB termasuk Program Ekspratriat, Program Perantisan bersama Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan platform mencari kerja secara percuma untuk industri pembinaan, www.jobskillz.my.

Artikle Berkaitan :>

Presiden UMNO panggil semua ahli ke taklimat khas Sabtu ini-Ahmad Maslan

Denda RM30,000 bagi setiap pekerja asing yang dibawa masuk yang tidak bekerja selepas sebulan

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button