Politik

Presiden UMNO panggil semua ahli ke taklimat khas Sabtu ini-Ahmad Maslan

SELEPAS apa yang berlaku semalam ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan memanggil semua pemimpin parti untuk menghadiri satu taklimat khas pada Sabtu ini.

Menurut satu hantaran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan menerusi Twitter, jemputan rasmi akan dikeluarkan untuk taklimat khas itu yang dijadualkan berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada pukul 2 petang.

Tanpa menjelaskan secara terperinci tujuan taklimat itu diadakan, kata Ahmad, ia berhubung “isu semasa terkini”.

Jemputan itu turut dipanjangkan kepada semua ahli jawatankuasa dan pimpinan UMNO Bahagian yang ingin hadir.

Hadirin diminta berbaju merah UMNO untuk menghadiri taklimat khas itu.

Isnin lalu, UMNO mengadakan pertemuan tergempar dengan semua Ketua Bahagian di Menara Dato Onn selepas dikhabarkan beberapa Ketua Bahagian tidak berpuas hati kerana tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. – SM

(Visited 461 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button