NasionalNegeri

Perlis perlukan idea dan sokongan pelabur terus berkembang maju- Raja Muda

ANTARA perangkaan dan usaha yang diperlukan di negeri Perlis ketika ini adalah idea daripada pihak pelabur yang boleh menghasilkan produk hiliran bagi sumber sedia ada supaya dapat menjadi satu nilai tambah kepada hasil bumi serta pendapatan rakyat.

Usaha untuk membangunkan bidang industri perhotelan bertaraf lima bintang dan operator pusat-pusat pelancongan bagi menampung jumlah permintaan yang tinggi dalam sektor pelancongan Perlis buat masa ini juga diperlukan.

Selain daripada itu, titah Baginda sokongan daripada pihak pelabur yang berhasrat untuk melabur bagi bisnes-bisnes ‘start-up’ yang diusahakan oleh anak-anak muda tempatan.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Khas Di Dalam Akhbar Tempatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-79 DYMM Tuanku Raja Perlis’ yang diadakan di Shah Stable, Felda Chuping pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda ke majlis anjuran bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang mana para hadirin memakai pakaian bertemakan ‘The Modern Cowboy’ disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, dengan doa dan sokongan sekalian para penaja dan rakyat jelata, semoga Allah lanjutkan usia DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis agar dapat terus melaksanakan pemerintahan yang adil lagi bijaksana demi kesejahteraan rakyat dan Negeri yang dicintai ini’.

Raja Muda bertitah, negeri ini semakin membangun dengan pesat maka tanpa sokongan semua pihak, ianya tidak dapat dicapai dengan mudah.

Sehubungan itu titah Baginda diharapkan semua pihak turut merangka program dan pembangunan yang dapat dibawa ke negeri ini agar kemajuan yang dinikmati di luar negeri turut dapat dirasa oleh rakyat negeri ini. – SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button