Nasionalpilihan

Ebit Lew bersumpah dirinya difitnah, guna duit sendiri ke Gaza

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew memberitahu yang segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah berunsurkan fitnah dan dia akan menjawab segala persoalan berkenaan isu bantuannya di Gaza, Palestin pada esok.

Menurut Ebit, dia juga pergi ke Gaza dengan menggunakan duit poketnya sendiri tanpa membuka sebarang tabung bantuan dan mempunyai segala bukti untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

“Wallahi ia tak benar dan fitnah semata-mata dan saya boleh keluarkan bukti. Sepatutnya orang yang tuduh keluarkan bukti tetapi tak apalah saya akan keluarkan bukti.

“Saya kalau boleh tak mahu balas apa yang diperkatakan kepada saya. Malah, saya tak pernah keluarkan sebarang kenyataan pun sebelum ini.

“Tetapi hari ini nampak boleh tahan banyak tuduhan terhadap saya yang tular dan saya perlu jelaskan. Jadi saya buat laporan polis dahulu,” katanya.

Ebit lew hadir kira-kira pukul 6.15 petang di ibu pejabat polis dang wangi sebuah kereta jenis toyota Vellfire dengan diiringi dua buah kereta pacuan empat roda.

Menurut Ebit, dia akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya menerusi media sosialnya pada esok.

Dalam pada itu, peguam Ebit Lew, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, laporan polis pada hari ini adalah sebagai asas untuk tindakan sivil kepada mana-mana pihak yang masih tegar nak bercakap mengenai perkara ini atau mengulang siar intipati yang berbaur fitnah.

Malah, Ebit memberitahu ada menyebut nama penyanyi rap, Caprice; individu dikenali sebagai Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini berada di Gaza dan sesiapa yang berkongsi tuduhan fitnah itu di laman sosial dalam laporan polis yang dibuatnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial selepas penyanyi rap, Caprice memberitahu yang dia akan membuat satu pendedahan berkaitan dengan isu bantuan ke Gaza, Palestin.

Pendedahan tersebut akan dibuat Caprice atau nama sebenarnya Aris Ramli pada malam ini menerusi akaun Instagram miliknya.

Caprice juga sebelum ini mendapat kecaman selepas didakwa mengeluarkan kenyataan barbaur kritikan kepada Ustaz Ebit Lew yang melakukan misi kemanusiaan di Gaza.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan Caprice itu adalah disebabkan rasa kecewa penyanyi itu selepas gagal untuk masuk ke Gaza, Palestin sehingga hari ini.

Selepas Caprice, seorang lagi individu yang kini tinggal di Gaza dan sering membantu badan bukan kerajaan (NGO) untuk masuk ke Palestin juga ada membuat teguran secara terbuka kepada Ebit Lew.

Individu yang dikenali sebagai Nadir Al Nuri itu mempertikai kaedah yang digunakan oleh pasukan Ebit Lew yang didakwa boleh menyukarkan NGO lain unuk masuk ke Palestin.

Nadir juga mendakwa yang barangan bantuan yang dibeli oleh pasukan Ebit untuk penduduk di Gaza masih lagi tersangkut di Mesir. -SM

(Visited 1,179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button