Nasional

Tiga lokaliti di Pahang dikenakan PKPD, satu di Sabah

JUMLAH lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkurangan kepada empat lokaliti sahaja hari ini.

Tiga lokaliti melibatkan negeri Pahang iaitu Felda Jengka 12 di Jerantut; Kampung Belangkap di Rompin dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam di Raub.

Sementara satu lagi lokaliti melibatkan Taman Merpati, Sandakan, Sabah. PKPD di kawasan berkenaan bermula 23 Julai sehingga 5 Ogos.

PKPD di dua lokaliti yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan sehingga 5 Ogos yang melibatkan Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan dan Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan pelaksanaan PKPD di sembilan lokaliti berkuatkuasa esok.

Ia melibatkan lima lokasi di Sabah iaitu Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Balibata, Beaufort; Kampung Pintasan, Kota Belud dan dua kampung di Putatan iaitu Kampung Lembising dan Kampung Dumpil
Keramat.

Selain itu turut ditamatkan PKPD adalah seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan; Kuarters Pekerja Malaysia-China Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang serta dua lokaliti di Kota Bharu, Kelantan iaitu Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf Kota Bharu, Kelantan.

Dalam pada itu sebanyak 25 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 68,921 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,351 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,556 buah kilang, 11,369 premis perniagaan, 416 tapak pembinaan dan 145 buah asrama penempatan pekerja,” kata Ismail Sabri.

Seramai 420 individu turut ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 332 individu dikompaun, 82 direman manakala enam lagi individu telah dijamin.-SM

 

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button