Nasionalpilihan

Pura-pura minta bantuan makanan sebelum lakukan jenayah samun

BERPURA-PURA berada dalam keadaan susah dan meminta bantuan makanan sebelum bertindak menyamun mangsa yang ingin membantu.

Itu modus operandi yang dilakukan tiga individu yang menyamun seorang lelaki berusia 51 tahun di kawasan kuil Sri Maha Karumariamman, Jalan Segambut pada 23 Oktober lalu.

Modus operandi yang digunakan kumpulan tersebut ialah dengan menggunakan seorang wanita yang akan menyamar sebagai orang susah dan datang meminta bantuan makanan.

Semasa mangsa mahu mengambil makanan, dua lagi rakan suspek yang berada di luar kuil telah masuk dan memukul mangsa.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dipukul dengan kayu di bahagian kepala, badan dan muka sebelum melarikan sebentuk cincin emas, pasport, wang tunai RM500 dan telefon bimbit milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, susulan kejadian itu, pihaknya telah menahan tiga suspek iaitu seorang wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun.

“Kesemua suspek ditahan semalam kira-kira pukul 11 malam dan kita juga merampas pakaian yang digunakan semasa kejadian.

“Mereka juga mengaku terlibat dengan kes samun tersebut dan dua daripada mereka mempunyai dua rekod dikehendaki polis atas kesalahan jenayah dan dadah,” katanya.

Jelasnya, kesemua suspek kini direman selama lima hari bermula hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaya-jaga dan berwaspada dengan kehadian individu yang menyamar sebagai peminta sedekah. -SM

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button