NasionalPendidikanUncategorized

ESH pelajar tajaan JPA hingga Ijazah Lanjutan dinaikkan-PM Anwar

KERAJAAN bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan JPA bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kenaikan elaun ini melibatkan kenaikan 15 peratus kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) yang telah dinaikkan sebelum ini.

KENAIKAN elaun ini melibatkan kenaikan 15 peratus kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) yang telah dinaikkan sebelum ini. – GAMBAR – FACEBOOK

Katanya, ia juga melibatkan kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian.

“Kenaikan kadar elaun ini akan dinikmati para pelajar mulai 1 Julai ini.

“Usaha ini membolehkan pelajar tajaan kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian, Insya-Allah,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam hantaran di Facebook akaunnya ketika bersama anak-anak tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Majlis Cakna MADANI di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perdana Menteri Anwar turut berkata, beliau dapat berinteraksi bersama mereka menerusi pelbagai soalan yang diajukan terkait isu-isu semasa serta melibatkan kepentingan mahasiswa di negara ini. – SM

 

 

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button