Nasional

Covid: 16 maut termasuk 9 di Selangor

COVID-19 mencatatkan rekod kematian harian tertinggi sejak ia mula dilaporkan setahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 16 kematian dilaporkan hari ini.

Jumlah tersebut menjadikan keseluruan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 537 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu seramai sembilan orang diikuti Sabah sebanyak empat orang dan Johor seramai tiga orang.

Kematian melibatkan 13 pesakit lelaki dan tiga pesakit wanita berumur antara 44 tahun dan 79 tahun.


Jumlah kes baharu Covid-19 masih lagi tinggi iaitu sebanyak 2,643 kes dengan 2,641 kes adalah jangkitan tempatan.

Sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat 25,140 kes.

Sehingga kini, terdapat 170 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.

KKM turut melaporkan pertambahan enam kluster baharu menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 257 kluster.-SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button