Nasional

Seorang lagi rakyat Indonesia ditahan terlibat hina lagu Indonesia Raya

Dalang yang mengubah suai lagu Indonesia Raya dengan tujuan untuk menghina hingga menimbulkan kemarahan rakyat negara tersebut telah ditahan pada 31 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek yang juga seorang pelajar warga Indonesia ditahan di sebuah rumah di kawasan Cianjur, Jawa Barat, Indonesia.

“Suspek ditahan kira-kira pukul 8 malam hasil jaringan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik Indonesia (Polri).

“Selain tangkapan, polis turut merampas sebuah telefon bimbit, kad sim, dan komputer yang dipercayai digunakan untuk suntingan lagu dan penularan video tersebut.

“Setakat ini, butiran identiti tangkapan masih belum didedahkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Huzir, sebelum ini, seorang lelaki warga Indonesia warga Indonesia berusia lingkungan 40an telah ditahan bersama anak lelakinya pada 28 Disember lalu di Lahad Datu, Sabah.

Terdahulu, beliau juga mengesahkan telah menerima menerima laporan terhadap pemilik akaun YouTube MY Asean yang memuat naik video penghinaan lagu Indonesia Raya.

Laporan turut diterima melibatkan pemilik akaun YouTube ASEAN CHANNEL ID yang menghina lagu Negaraku.

“Kedua-dua lagu tersebut telah dipadam tetapi dimuat naik di beberapa aplikasi media sosial lain dan ditularkan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi negatif kedua-dua negara,” katanya.

Penghinaan lagu Indonesia Raya sebelum ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada rakyat negara tersebut hingga menuduh rakyat Malaysia terlibat dalam penghasilan video itu.

Dalam pada itu, Huzir juga menginatkan orang ramai supaya tidak menggunakan media sosial hingga mendatangkan kegusaran dan menganggu gugat keharmonian negara.

Tambahnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang dengan sengaja cuba mewujudkan suasana tidak harmoni dan boleh mencetuskan kontroversi serta ketegangan di antara kedua-dua negara. -SM

(Visited 594 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button