MahkamahNasional

Kes perlu bela diri Zahid Hamidi bukan bermakna telah bersalah

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini telahpun membuat keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 pertuduhan rasuah.

Seorang peguam, Adzly Ab Manas @Lwyr Adzly berpendapat, pihak Pendakwaan sebenarnya pada peringkat ini telah berjaya membuktikan kes mereka mempunyai kes prima facie pada pandangan Yang Arif Hakim, Collin Lawrence Sequerah.

Pada hemat Lwyr Adzly, standard pembuktian di peringkat ini hanya perlu dibuktikan oleh Pendakwaan adalah standard pembuktian “Imbangan Kebarangkalian” sahaja.

Peguambela tertuduh kini perlu membuktikan terdapatnya keraguan kes di peringkat bela diri dengan memanggil saksi-saksi pembelaan mereka.

Kata Lwyr Adzly, peguambela perlu meyakinkan Yang Arif Hakim bahawa Pendakwaan telah gagal membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah.

“Saya berharap semua ahli-ahli UMNO bersabar dan berdoa agar pasukan peguam Datuk Seri Presiden parti dapat menjalankan tugas mereka dengan cemerlang dan bijaksana di ketika peringkat bela diri nanti,” katanya. – SM

 

 

 

(Visited 439 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button