Nasional

KL buka ekonomi bila 80 peratus penduduk ibu negara divaksin

AKTIVITI ekonomi di Kuala Lumpur akan dibuka apabila 80 peratus populasi di ibu negara telah menerima dos vaksin Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan.

“Alhamdulillah KL telah melepasi angka sasaran 1.3juta suntikan pertama iaitu 73.4% dari penduduk dewasa WP KL.

“Sebaik mencecah 80% dua dos, saya akan mencadangkan aktiviti ekonomi dan sosial mula di buka dengan SOP tertentu, sementara kes positive di tumpu pada kategori 3 dan 4,” katanya.

Dalam data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 1,302,252 penduduk Kuala Lumpur telah menerima dos pertama manakala 306,469 atau 17.3% lagi telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Sementara di Putrajaya sejumlah 45.9 peratus atau 50,448 penduduk telah disuntik dengan dos pertama dan 31,580 atau 28.7% telah disuntik dengan dos kedua.

Manakala di Labuan pula 38,386 atau 38/5 peratus telah menerima dos pertama dan 22,444 atau 22.5 peratus menerima dos kedua.-SM

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button