Kemalangan

4 maut dalam kemalangan antara van dan bas ekspres

KUALA TERENGGANU: Empat juruteknik maut apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Sungai Ikan di Kuala Nerus petang semalam.

Nahas berlaku kira-kira jam 6.20 petang apabila van yang dalam perjalanan dari Setiu ke Kuala Terengganu itu memotong sebuah kereta dan bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah hadapan, kata ketua balai bomba dan penyelamat Kuala Nerus Azmi Omar.

Tiga daripada mangsa dikenali sebagai Syed Mohd Shukri Tuan Yahya, 36, Muhammad Saufi Jusoh, 34, dan Mohd Shahlan, 37. Pemandu van itu tidak dikenal pasti.

Azmi berkata pemandu kereta itu dan seorang penumpang dalam sebuah lagi kereta cedera, manakala 13 penumpang dan pemandu bas ekspres yang dalam perjalanan dari Temerloh, Pahang, ke Jertih, tidak mengalami sebarang kecederaan.

 


(Visited 83 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button